WARNING !

If u are easily offended, please don't continue reading. Viewer discretion is strongly advised.

Saturday, September 12, 2009

KONVOKESYEN KOMEMORATIF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UPACARA KONVOKESYEN KOMEMORATIF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SULTAN KEDAH DAN MANTAN PERDANA MENTERI TERIMA IJAZAH KEHORMAT

D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor USM
telah merasmikan upacara KONVOKESYEN KOMEMORATIF UNIVERSITI SAINS MALAYSIA serta berkenan untuk menganugerahkan Kebawah D.Y.M.M. Al-Sultan Almu'tasimubillahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi , mantan Perdana Menteri Malaysia, Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dan Doktor Pendidikan di atas sumbangan besar yang telah diberikan mereka terhadap penubuhan USM dan pembangunan ilmu di negara ini. D.Y.M.M. dan Mantan Perdana Menteri ini menerima penghormatan tersebut di Upacara Konvokesyen Komemoratif USM pada hari Rabu, 9 September 2009, jam 9.09 pagi di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Selain itu, Sasterawan Negara, Prof. Muhammad Hj. Salleh yang juga penerima Anugerah Akademik Negara 2008 turut diberi penghormatan dan menerima anugerah Profesor Emertus di majlis yang sama.

Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang.


Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi mendengar penerangan mengenai salah satu hasil kajian dari pelajar USM.


D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor USM memasuki ruang Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk sesi lawatan.


Antara pameran-pameran dari para pelajar USM






lilyto